v
KRISIS
KEWANGAN GLOBAL; PUNCA DAN IMPAKNYA TERHADAP MALAYSIA
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, krisis bermaksud keadaan tidak stabil atau tidak
tenteram yang boleh sevara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian dan keadaan
yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang penting, kegentingan,
ketegangan, dan kegawatan. Kewangan pula merujuk perihal kewangan, iaitu
keadaan atau urusan wang dan segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang.
Manakala frasa krisis kewangan bermaksud keadaan membimbangkan yang berkaitan
dengan wang seperti kekurangan wang.
Suasana ekonomi makro serantau yang
menggalakkan berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di rantau ini.
Menurut Dana Kewangan Antarabangsa )IMF), antara tahun 1990 hingga 1996, jumlah
modal yang mengalir masuk “pasaran-pasaran baru muncul” Asia melebihi USD400
billion. Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung dengan
membeli syarikat-syarikat atau membina kilang-kilang, pinjaman bank serta
membeli saham dan bon. Zaman ini dikenali sebagai :keajaiban Asia”, “ekonomi
naga”, dan “ekonomi harimau” berlaku apabila modal asing tersebut ditukar
menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor.
Namun, aliran masuk tiba-tiba
terhenti, malah berbondong-bondong merempuh keluar apabila para pemiutang iaitu
creditors membuat tafsiran bahawa
semakin banyak tersebut digunakan untuk membina kilang, pejabat dan bangunan
yang sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, tinggallah negara-negara tersebut
sebagai mangsa krisis ekonomi dan pemegang hutang luar yang amat besar
jumlahnya. Fenomena ini mendatangkan implikasi yang sangat mendalam, iaitu
bukan sahaja menurunkan nilai mata wang dan harga saham sesebuah negara yang
terlibat, bahkan membawa kepada kegawatan ekonomi secara keseluruhannya di
samping melarat sehingga ke negara-negara serantau. Di Asia, krisis kewangan
bermula pada Julai 1997. Krisis yang bermula di Thailand ini kemudiannya
mempengaruhi mata wang, bursa saham, dan harga aset lain di beberapa negara
Asia lain. Antara negara yang turut dilanda krisis kewangan ini ialah
Indonesia, Korea Selatan, Filipina, dan Malaysia. Walaupun Jepun tidak terpalit
secara langsung dengan krisis ini tetapi turut mengalami kesulitan ekonomi
dalam jangka panjang.
Menurut Sejarah, sehingga tahun
1996, negara Asia telah menarik hampir separuh daripada aliran modal di negara
membangun. Namun, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki current account deficit dan pemulihan
kecepatan pertukaran yang ditambat bagi menggalakkan pinjaman luaran dan
menyebabkan keterbukaan berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing
dalam sektor kewangan dan perusahaan. Dari segi ekonomi, pakar ekonomi
berpendapat bahawa China merupakan penyumbang kepada krisis tersebut. China
mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia yang lain pada tahun 1990
setelah menerapkan perubahan berorientasikan eksport. Pada waktu yang sama,
pengimport barat sedang mencari pengeluar yang lebih murah dan mempunyai nilai
mata wang yang lebih rendah berbanding dolar.
Asas kepada pertumbuhan ekonomi dan
sektor kewangan serantau yang kukuh membolehkan eknomi serantau menangani
perkembangan krisis ini dengan baik
tanpa menganggu proses pengantaraan sistem kewangan domestik. Kemerosotan
perdagangan global yang teruk menyebabkan rantau ini mengalami kejatuhan
eksport dan pengeluaran perindustrian yang besar. Situasi ini telah menjadikan
negara di rantau ini yang mengamalkan ekonomi terbuka mengalami penguncupan,
manakala ekonomi lain pula mencatat kejatuhan pertumbuhan yang ketara pada suku
keempat tahun 2008. Dalam membincangkan isu kegawatan ekonomi dna krisis
kewangan ini, banyak faktor yang perlu dikaji dan dibincangkan.
Antara faktor yang menyebabkan
berlakunya krisis kewangan global ialah peranan spekulator mata wang. Secara
amnya, semua pihak berstuju bahawa krisis kewangan di rantau ini adalah
disebabkan oleh mainan spekulator mata wang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
spekulator ialah orang yang membuat spekulasi dalam pasaran saham dengan
harapan untuk mendapat keuntungan walaupun mengahadapi risiko. Perkara ini
dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira AS$115 bilion sejak bemula krisis
sehingga September 1998 dari lima negara utama yang mengalami krisis, iaitu
Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. George Soros merupakan
antara spekulator yang dikaitkan dengan faktor ini. Perdana Mneteri Malaysia
telah menamakan Soros sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat
jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan negara-negara
sedang membangun khususnya ASEAN. Beliau dan konco-konconya yang menguasai dana
asing besar berpakat menyerang pasaran ASEAN bagi menyekat kelahiran “harimau
ekonomi” yang bakal mengaum di pasaran antarabangsa. Serangan mereka tidak
terhad di ASEAN sahaja. Mereka mempunyai strategi untuk menyerang Hong Kong dan
menyekat kemaraan China sebagai gergasi ekonomi di rantau Pasifik.
Perkara
yang paling dibimbangi oleh barat khususnya Amerika Syarikat (AS) merupakan
kebangkitan China sebagai gergasi ekonomi dan politik yang bakal mengubah pusat
ketuanan politik dan perdagangan antarabangsa. Soros dan konco-konconya sedar
bahawa jaringan usahawan China yang sudah lama bertapak di Asia akan menjadi
anarkis pembangunan ekonomi China. Di ASEAN sahaja, kira-kira 50 juta rakyat
berketurunan China memiliki hampir AS$ tiga trilion harta dan kini menjadi
pelabur yang paling aktif di China. Usahawan berketurunan Cina yang dipanggil
China Seberang Laut oleh barat, kini menjalin perkongsian dengan rakyat
tempatan untuk menerokai pasaran antarabangsa. Dengan melemahkan pasaran ASEAN
yang diramal muncul sebagai pusat pertumbuhan penting ekonomi dunia pada abad
ke-21, anarkis ekonomi barat berharap dapat menyekat kemaraan dan penerokaan
usahawan ASEAN ke pasaran China dan pasaran baharu di Afrika, Amerika Selatan
dan negara-negara Balkan. Tindakan tersebut merupakan strategi politik yang
semestinya mendapat restu daripada pemimpin barat. Perkembangan pesat dalan
teknologi maklumat mutakhir ini mendekatkan sesebuah negara dengan negara lain.
Era globalisasi yang dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan turut menjadi
penyumbang kepada krisis ini. Hal ini bagaikan satu kemestian bahawa arus dunia
menuntut semua negara berintegrasi dalam sistem ekonomi global. Tanpa
persediaan yang rapi, negara-negara di Asia Tenggara termasuk di ASEAN terpaksa
mengikut arus globalisasi ini.
Dari
segi integrasi dalam pasaran sejagat, sesebuah negara yang berintegrasi dalam
sistem pasaran kewangan global akan menjadi penentu kepada sejauh mana krisis
ini dirasai. Hal ini kerana sifat turun naik kadar pertukaran di Asia
sebahagian besarnya disebabkan oleh peralihan dalam aliran modal dan hilang
kepercayaan yang bersifat self-fulfilling,
iaitu perkara yang diramal akan terjadi memainkan peranan penting dalam
memperdalam dan memperluas krisis tersebut. Sebenarnya,, sejauh mana
terintegrasi atau terserapnya mata wang ke dalam pasaran global bergantung
kepada pilihan sendiri. Dengan tahap integrasi yang kurang, mungkin jumlah
modal dan aset yang dapat dimanfaatkan lebih sedikit dan kemungkinan besar
kadar pertumbuhan ekonomi di rantau ini tidak secepat dan semudah seperti yang
disangkakan. Hakikatnya, tahap integrasi yang dipilih oleh sesebuah negara
untuk dilaksanakan dalam sistem ekonomi global baharu yang bercirikan teknologi
maklumat lebih mempengaruhi krisis tersebut. Untuk menghuraikan tahap krisis di
sesebuah negara, kuasa luar yang berniat jahat dan mempunyai konspirasi tidak
boleh dipersalahkan semata-mata kerana pada awalnya, kehadiran mereka adalah
atas undangan negara-negara terbabit. Kesimpulan daripada pandanga tersebut
adalah penyertaan dalam sistem global perlu diterima secara keseluruhan (package) dan bukannya secara
berlipih-pilih.
Krisis
kewangan yang membawa kepada krisis ekonomi global seperti yang melanda rantau
Asia merupakan satu fenomena semula jadi dalam bidang ekonomi. Keadaan
kemelesetan ini merupakan keadaan yang pasti berlaku kepada ekonomi dalam
tempoh setiap sepuluh tahun. Kedatangan fenomena ini tidak dapat dielakkan
kerana ekonomi turut mengalami turun dan naik seperti pasang surut air. Menurut
penganalisis ekonomi, kemelesetan berlaku apabila pasaran hartanah memuncak.
Hal ini berlaku di Thailand dan Malaysia dalam tempoh beberapa tahun. Selepas
pasaran hartanah mencapai kemuncak, bank akan menaikkan kadar faedah dan
kecairan dalam pasaran akan mengecut. Perkara tersebut merupakan permulaan
kepada krisis. Kecairan seharusnya semakin mengecut dalam pasaran sehingga para
peniaga menjadi sesak dan pasaran saham akan turun serta-merta kerana tiada
kecairan untuk menyokong.
Pada
permulaan krisis, Malaysia cuba mengekalkan nilai ringgit terhadap mata wang
asing. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak berkekalan kerana melibatkan kos
yang tinggi. Pelabur asing hilang keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia
kerana langkah tersebut. Malah, terdapat juga pelabur sedia ada yang
mengeluarkan wang ringgit untuk disimpan di bank-bank luar negara. Selain itu,
projek infrastruktur mega yang berjumlah lebih daripada RM60 bilion seperti
empangan hidroelektrik Bakun, Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara, Highland Highway dan sebagainya terpaksa
ditangguhkan. Sementara itu, menteri-menteri dan pengawai kerajaan mengalami
potongan gaji di bawah pengukuran belanjawan yang ketat. Di samping itu,
keuntungan pengeluar dari Malaysia berkurangan kerana kebanyakan pengimport
asing mengkehendaki pengeluar tempatan memberi diskaun ke atas barangan yang
diimport oleh mereka. Hal ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai eksport
negara Malaysia. Tambahan pula, kos ke atas barangan import telah meningkat dan
sebahagian daripadanya merupakan barangan pertengahan untuk dijadikan barangan
eksport. Peningkatan harga barangan pengguna secara keseluruhan menyebabkan
kenaikan harga pada barangan import. Kesannya, pendapatan isi rumah berkurangan
dan menurunkan kuasa beli penduduk Malaysia.
Akibat
dibebani oleh hutang yang tinggi, banyak syarikat sama ada besar atau kecil
terpaksa gulung tikar. Kesannya, beribu-ribu pekerja kehilangan kerja dan
sebahagian yang lain mengalami risiko dibuang kerja. Kebergantungan kepada
Amerika Syarikat menyebabkan negara-negara
tersebut turut mengalami krisis ekonomi. Kesan ketara krisis ekonomi melanda
syarikat –syarikat dan orang perorangan. Harga komoditi melambung tinggi,
khususnya minyak dan makanan sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman
stagflasi, dan pengunduran globalisasi.
Inflasi
semakin berleluasa di negara-negara yang dikelaskan oleh IMF sebagai “negara
termundur bukan pengeksport minyak” dan “Asia Membangun” disebabkan harga
minyak dan makanan. Menjelang hujung tahun 2009, Pertubuhan Buruh Antarabangsa
menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta orang pekerja akan kehilangan kerja.
Kebanyakan daripada mereka adalah daripada sektor pembinaan, hartanah,
perkhidmatan, kewangan dan kereta sekali gus mengakibatkan pengangguran sedunia
melepasi tahap 200 juta. Kesan yang nyata turut dirasai oleh Malaysia apabila
isu kehilangan pekerjaan turut melibatkan rakyat negara ini. Sehingga tahun
2009, kira-kira 15 000 orang pekerja telah diberhentikan. Kementerian Sumber
Manusia menasihatkan pekerja-pekerja memilih bidang pekerjaan lain atau
berkaitan dengan latihan kemahiran. Usahawan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) juga mengalami impak akibat keadaan ekonomi merundum pada tahun 2009.
Selain
itu, pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari
2008 berikutan masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada awal
tahun 2008 dan merebak menjadi krisis kewangan global. Industri import negara
seperti makanan, kereta dan sebagainya telah mengalami kemerosotan akibat
kegawatan ekonomi yang berlaku. Industri ini dikatakan mengalami penurunan
apabila kerajaan telah mengehadkan pengimportan bagi memberikan peluang yang
sama kepada produk tempatan.
Krisis
yang berlaku menyebabkan nilai mata wang turut jatuh. Kesan yang paling jelas
dapat dilihat dalam sektor pelancongan. Apabila sektor pelancongan terjejas,
industri yang berkaitan turut mengalami nasib yang sama seperti perhotelan dan
industri kecil dan sederhana (IKS) kerana kedua-duanya sangat berkait rapat.
Sektor hartanah turut merundum dan sangat menakutkan pengusaha, pemaju dan para
pelabur. Hal ini kerana kesan dan akibat yang perlu ditanggung sangat tinggi.
Kesimpulannya,
krisis kewangan di rantau Asia tidak mungkin separah ini sekiranya disebabkan
satu faktor sahaja. Umpama sebatang pokok yang teguh tidak mungkin akan tumbang
dengan mudah walaupun tiupan ribut. Ia pasti dibantu oleh keadaan akarnya yang
mereput atau keadaan sekitar tempat ia tumbuh yang mudah terdedah kepada
pelbagai perubahan iklim. Faktor spekulator bolehlah dikatakan sebagai pencetus
kepada krisis, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran dan
kepincangan polisi ekonomi dalaman. Namun untuk menuduh spekulator mata wang
semata-mata sebagai pemusnah ekonomi di rantau ini adalah satu tuduhan yang
melulu. Sebagai pedagang yang oportunis, mereka pasti mahu mengaut keuntungan
yang banyak. Dan pada masa yang sesuai, apabila berlaku masalah-masalah dalam
pelaksanaan dasar ekonomi khususnya di Asia, mereka mengambil peluang. Sebelum
Julai 1997, petanda-petanda krisis sudah mula kelihatan dan pakar-pakar ekonomi
sendiri mengakuinya berasaskan perangkaan ekonomi sepanjang beberapa tahun
kebelakang ini. Garis-garis yang menyebabkan krisis ini kebetulan bersilang
pada pertengahan Julai 1997 untuk menjadikannya satu krisis kewangan. Faktor-faktor
serangan spekulator, integrasi ke dalam pasaran global tanpa prasarana yang
secukupnya, kelemahan dasar ekonomi dalaman, teori pusingan ekonomi dan balasan
daripada Tuhan yang bertemu pada masa yang sama, menyerlahkan krisis ini.
Kita juga
boleh menilai apa sebenarnya yang tersirat di sebalik tindakan spekulator
terhadap beberapa negara di sebelah sini. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan
kebangkitan negara-negara Asia yang berpotensi untuk menguasai ekonomi dunia
menjelang abad ke-21. Oleh itu, sebelum “Harimau-harimau Asia” mengaum adalah
lebih baik kuku dan taringnya dicabut. Mungkin itu merupakan salah satu
tindakan Barat untuk menyekat kemaraan Asia daripada mengatasi penguasaan
ekonomi dan ketamadunan mereka. Kesannya, bagi negara yang teruk dilanda krisis
akhirnya terpaksa akur menerima bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF)
beserta pakejnya sekali. Dengan itu, negara-negara ini terpaksa mengikut
telunjuk IMF dalam pelaksanaan dasar-dasar bagi menyelesaikan kemelut ekonomi
negara masing-masing. Secara langsung Barat telah berjaya untuk campur tangan
terhadap urusan ekonomi negara tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan
penjajahan emperialisme kapitalis baru terhadap negara-negara Asia.




No comments:
Post a Comment