DISEDIAKAN OLEH : CHOONG YEN WUN
HAIQAL SHAHRIL
HAIQAL SHAHRIL
YU HOONG YI
KRISIS
KEWANGAN GLOBAL; PUNCA DAN IMPAKNYA TERHADAP MALAYSIA
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, krisis bermaksud keadaan tidak stabil atau tidak
tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian dan keadaan
yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang penting, kegentingan,
ketegangan, dan kegawatan. Kewangan pula merujuk perihal kewangan, iaitu
keadaan atau urusan wang dan segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang.
Manakala frasa krisis kewangan bermaksud keadaan membimbangkan yang berkaitan
dengan wang seperti kekurangan wang.
Suasana eknomi makro serantau yang
menggalakkan berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di rantau ini.
Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), antara tahun 1990 hingga 1996, jumlah
modal yang mengalir masuk ke “pasaran-pasaran baru muncul” Asia melebihi USD400
billion. Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung dengan
membeli syarikat-syarikat atau membina kilang-kilang, pinjaman bank serta
membeli saham dan bon. Zaman ini dikenali sebagai "keajaiban Asia”, “ekonomi
naga”, dan “ekonomi harimau” berlaku apabila modal asing tersebut ditukar
menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor.
Namun, aliran masuk tiba-tiba
terhenti, malah berbondong-bondong merempuh keluar apabila para pemiutang iaitu
creditors membuat tafsiran bahawa
semakin banyak tersebut digunakan untuk membina kilang, pejabat dan bangunan
yang sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, tinggallah negara-negara tersebut
sebagai mangsa krisis ekonomi dan pemegang hutang luar yang amat besar
jumlahnya. Fenomena ini mendatangkan implikasi yang sangat mendalam, iaitu
bukan sahaja menurunkan nilai mata wang dan harga saham sesebuah negara yang
terlibat, bahkan membawa kepada kegawatan ekonomi secara keseluruhannya di
samping melarat sehingga ke negara-negara serantau. Di Asia, krisis kewangan
bermula pada Julai 1997. Krisis yang bermula di Thailand ini kemudiannya
mempengaruhi mata wang, bursa saham, dan harga aset lain di beberapa negara
Asia lain. Antara negara yang turut dilanda krisis kewangan ini ialah
Indonesia, Korea Selatan, Filipina, dan Malaysia.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan global ialah peranan spekulator mata wang. Secara amnya, semua pihak berstuju bahawa krisis kewangan di rantau ini adalah disebabkan oleh mainan spekulator mata wang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, spekulator ialah orang yang membuat spekulasi dalam pasaran saham dengan harapan untuk mendapat keuntungan walaupun mengahadapi risiko. Perkara ini dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira AS$115 bilion sejak bemula krisis sehingga September 1998 dari lima negara utama yang mengalami krisis, iaitu Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. George Soros merupakan antara spekulator yang dikaitkan dengan faktor ini. Perdana Mneteri Malaysia telah menamakan Soros sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan negara-negara sedang membangun khususnya ASEAN. Beliau dan konco-konconya yang menguasai dana asing besar berpakat menyerang pasaran ASEAN bagi menyekat kelahiran “harimau ekonomi” yang bakal mengaum di pasaran antarabangsa. Serangan mereka tidak terhad di ASEAN sahaja.
Perkara yang paling dibimbangi oleh barat khususnya Amerika Syarikat (AS) merupakan kebangkitan China sebagai gergasi ekonomi dan politik yang bakal mengubah pusat ketuanan politik dan perdagangan antarabangsa. Soros dan konco-konconya sedar bahawa jaringan usahawan China yang sudah lama bertapak di Asia akan menjadi anarkis pembangunan ekonomi China. Di ASEAN sahaja, kira-kira 50 juta rakyat berketurunan China memiliki hampir AS$ tiga trilion harta dan kini menjadi pelabur yang paling aktif di China. Usahawan berketurunan Cina yang dipanggil China Seberang Laut oleh barat, kini menjalin perkongsian dengan rakyat tempatan untuk menerokai pasaran antarabangsa. Dengan melemahkan pasaran ASEAN yang diramal muncul sebagai pusat pertumbuhan penting ekonomi dunia pada abad ke-21, anarkis ekonomi barat berharap dapat menyekat kemaraan dan penerokaan usahawan ASEAN ke pasaran China dan pasaran baharu di Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara Balkan. Tindakan tersebut merupakan strategi politik yang semestinya mendapat restu daripada pemimpin barat. Perkembangan pesat dalan teknologi maklumat mutakhir ini mendekatkan sesebuah negara dengan negara lain. Era globalisasi yang dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan turut menjadi penyumbang kepada krisis ini. Hal ini bagaikan satu kemestian bahawa arus dunia menuntut semua negara berintegrasi dalam sistem ekonomi global. Tanpa persediaan yang rapi, negara-negara di Asia Tenggara termasuk di ASEAN terpaksa mengikut arus globalisasi ini.
Dari
segi integrasi dalam pasaran sejagat, sesebuah negara yang berintegrasi dalam
sistem pasaran kewangan global akan menjadi penentu kepada sejauh mana krisis
ini dirasai. Hal ini kerana sifat turun naik kadar pertukaran di Asia
sebahagian besarnya disebabkan oleh peralihan dalam aliran modal dan hilang
kepercayaan yang bersifat self-fulfilling,
iaitu perkara yang diramal akan terjadi memainkan peranan penting dalam
memperdalam dan memperluas krisis tersebut. Sebenarnya,, sejauh mana
terintegrasi atau terserapnya mata wang ke dalam pasaran global bergantung
kepada pilihan sendiri. Dengan tahap integrasi yang kurang, mungkin jumlah
modal dan aset yang dapat dimanfaatkan lebih sedikit dan kemungkinan besar
kadar pertumbuhan ekonomi di rantau ini tidak secepat dan semudah seperti yang
disangkakan. Hakikatnya, tahap integrasi yang dipilih oleh sesebuah negara
untuk dilaksanakan dalam sistem ekonomi global baharu yang bercirikan teknologi
maklumat lebih mempengaruhi krisis tersebut. Untuk menghuraikan tahap krisis di
sesebuah negara, kuasa luar yang berniat jahat dan mempunyai konspirasi tidak
boleh dipersalahkan semata-mata kerana pada awalnya, kehadiran mereka adalah
atas undangan negara-negara terbabit. Kesimpulan daripada pandanga tersebut
adalah penyertaan dalam sistem global perlu diterima secara keseluruhan (package) dan bukannya secara
berpilih-pilih.
Pada permulaan krisis, Malaysia cuba mengekalkan nilai ringgit terhadap mata wang asing. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak berkekalan kerana melibatkan kos yang tinggi. Pelabur asing hilang keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia kerana langkah tersebut. Malah, terdapat juga pelabur sedia ada yang mengeluarkan wang ringgit untuk disimpan di bank-bank luar negara. Selain itu, projek infrastruktur mega yang berjumlah lebih daripada RM60 bilion seperti empangan hidroelektrik Bakun, Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara, Highland Highway dan sebagainya terpaksa ditangguhkan. Sementara itu, menteri-menteri dan pengawai kerajaan mengalami potongan gaji di bawah pengukuran belanjawan yang ketat. Di samping itu, keuntungan pengeluar dari Malaysia berkurangan kerana kebanyakan pengimport asing mengkehendaki pengeluar tempatan memberi diskaun ke atas barangan yang diimport oleh mereka. Hal ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai eksport negara Malaysia. Tambahan pula, kos ke atas barangan import telah meningkat dan sebahagian daripadanya merupakan barangan pertengahan untuk dijadikan barangan eksport. Peningkatan harga barangan pengguna secara keseluruhan menyebabkan kenaikan harga pada barangan import. Kesannya, pendapatan isi rumah berkurangan dan menurunkan kuasa beli penduduk Malaysia.
Akibat dibebani oleh hutang yang tinggi, banyak syarikat sama ada besar atau kecil terpaksa gulung tikar. Kesannya, beribu-ribu pekerja kehilangan kerja dan sebahagian yang lain mengalami risiko dibuang kerja. Kebergantungan kepada Amerika Syarikat menyebabkan negara-negara tersebut turut mengalami krisis ekonomi. Kesan ketara krisis ekonomi melanda syarikat –syarikat dan orang perorangan. Harga komoditi melambung tinggi, khususnya minyak dan makanan sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi, dan pengunduran globalisasi.
Inflasi
semakin berleluasa di negara-negara yang dikelaskan oleh IMF sebagai “negara
termundur bukan pengeksport minyak” dan “Asia Membangun” disebabkan harga
minyak dan makanan. Menjelang hujung tahun 2009, Pertubuhan Buruh Antarabangsa
menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta orang pekerja akan kehilangan kerja.
Kebanyakan daripada mereka adalah daripada sektor pembinaan, hartanah,
perkhidmatan, kewangan dan kereta sekali gus mengakibatkan pengangguran sedunia
melepasi tahap 200 juta. Kesan yang nyata turut dirasai oleh Malaysia apabila
isu kehilangan pekerjaan turut melibatkan rakyat negara ini. Sehingga tahun
2009, kira-kira 15 000 orang pekerja telah diberhentikan. Kementerian Sumber
Manusia menasihatkan pekerja-pekerja memilih bidang pekerjaan lain atau
berkaitan dengan latihan kemahiran. Usahawan perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) juga mengalami impak akibat keadaan ekonomi merundum pada tahun 2009.




