Sunday, 25 August 2019

KEMAHIRAN BELAJAR GKB 1053- PENGHASILAN PRODUK KUMPULAN


DISEDIAKAN OLEH : CHOONG YEN WUN
                                    HAIQAL SHAHRIL
                                    YU HOONG YI
                                    




KRISIS KEWANGAN GLOBAL; PUNCA DAN IMPAKNYA TERHADAP MALAYSIA 
      
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, krisis bermaksud keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian dan keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang penting, kegentingan, ketegangan, dan kegawatan. Kewangan pula merujuk perihal kewangan, iaitu keadaan atau urusan wang dan segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang. Manakala frasa krisis kewangan bermaksud keadaan membimbangkan yang berkaitan dengan wang seperti kekurangan wang. 


        Suasana eknomi makro serantau yang menggalakkan berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di rantau ini. Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), antara tahun 1990 hingga 1996, jumlah modal yang mengalir masuk ke “pasaran-pasaran baru muncul” Asia melebihi USD400 billion. Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung dengan membeli syarikat-syarikat atau membina kilang-kilang, pinjaman bank serta membeli saham dan bon. Zaman ini dikenali sebagai "keajaiban Asia”, “ekonomi naga”, dan “ekonomi harimau” berlaku apabila modal asing tersebut ditukar menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor. 



    Namun, aliran masuk tiba-tiba terhenti, malah berbondong-bondong merempuh keluar apabila para pemiutang iaitu creditors membuat tafsiran bahawa semakin banyak tersebut digunakan untuk membina kilang, pejabat dan bangunan yang sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, tinggallah negara-negara tersebut sebagai mangsa krisis ekonomi dan pemegang hutang luar yang amat besar jumlahnya. Fenomena ini mendatangkan implikasi yang sangat mendalam, iaitu bukan sahaja menurunkan nilai mata wang dan harga saham sesebuah negara yang terlibat, bahkan membawa kepada kegawatan ekonomi secara keseluruhannya di samping melarat sehingga ke negara-negara serantau. Di Asia, krisis kewangan bermula pada Julai 1997. Krisis yang bermula di Thailand ini kemudiannya mempengaruhi mata wang, bursa saham, dan harga aset lain di beberapa negara Asia lain. Antara negara yang turut dilanda krisis kewangan ini ialah Indonesia, Korea Selatan, Filipina, dan Malaysia. 



          
  
 Antara faktor yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan global ialah peranan spekulator mata wang. Secara amnya, semua pihak berstuju bahawa krisis kewangan di rantau ini adalah disebabkan oleh mainan spekulator mata wang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, spekulator ialah orang yang membuat spekulasi dalam pasaran saham dengan harapan untuk mendapat keuntungan walaupun mengahadapi risiko. Perkara ini dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira AS$115 bilion sejak bemula krisis sehingga September 1998 dari lima negara utama yang mengalami krisis, iaitu Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. George Soros merupakan antara spekulator yang dikaitkan dengan faktor ini. Perdana Mneteri Malaysia telah menamakan Soros sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan negara-negara sedang membangun khususnya ASEAN. Beliau dan konco-konconya yang menguasai dana asing besar berpakat menyerang pasaran ASEAN bagi menyekat kelahiran “harimau ekonomi” yang bakal mengaum di pasaran antarabangsa. Serangan mereka tidak terhad di ASEAN sahaja. 


                                                                                 


Perkara yang paling dibimbangi oleh barat khususnya Amerika Syarikat (AS) merupakan kebangkitan China sebagai gergasi ekonomi dan politik yang bakal mengubah pusat ketuanan politik dan perdagangan antarabangsa. Soros dan konco-konconya sedar bahawa jaringan usahawan China yang sudah lama bertapak di Asia akan menjadi anarkis pembangunan ekonomi China. Di ASEAN sahaja, kira-kira 50 juta rakyat berketurunan China memiliki hampir AS$ tiga trilion harta dan kini menjadi pelabur yang paling aktif di China. Usahawan berketurunan Cina yang dipanggil China Seberang Laut oleh barat, kini menjalin perkongsian dengan rakyat tempatan untuk menerokai pasaran antarabangsa. Dengan melemahkan pasaran ASEAN yang diramal muncul sebagai pusat pertumbuhan penting ekonomi dunia pada abad ke-21, anarkis ekonomi barat berharap dapat menyekat kemaraan dan penerokaan usahawan ASEAN ke pasaran China dan pasaran baharu di Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara Balkan. Tindakan tersebut merupakan strategi politik yang semestinya mendapat restu daripada pemimpin barat. Perkembangan pesat dalan teknologi maklumat mutakhir ini mendekatkan sesebuah negara dengan negara lain. Era globalisasi yang dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan turut menjadi penyumbang kepada krisis ini. Hal ini bagaikan satu kemestian bahawa arus dunia menuntut semua negara berintegrasi dalam sistem ekonomi global. Tanpa persediaan yang rapi, negara-negara di Asia Tenggara termasuk di ASEAN terpaksa mengikut arus globalisasi ini.



Dari segi integrasi dalam pasaran sejagat, sesebuah negara yang berintegrasi dalam sistem pasaran kewangan global akan menjadi penentu kepada sejauh mana krisis ini dirasai. Hal ini kerana sifat turun naik kadar pertukaran di Asia sebahagian besarnya disebabkan oleh peralihan dalam aliran modal dan hilang kepercayaan yang bersifat self-fulfilling, iaitu perkara yang diramal akan terjadi memainkan peranan penting dalam memperdalam dan memperluas krisis tersebut. Sebenarnya,, sejauh mana terintegrasi atau terserapnya mata wang ke dalam pasaran global bergantung kepada pilihan sendiri. Dengan tahap integrasi yang kurang, mungkin jumlah modal dan aset yang dapat dimanfaatkan lebih sedikit dan kemungkinan besar kadar pertumbuhan ekonomi di rantau ini tidak secepat dan semudah seperti yang disangkakan. Hakikatnya, tahap integrasi yang dipilih oleh sesebuah negara untuk dilaksanakan dalam sistem ekonomi global baharu yang bercirikan teknologi maklumat lebih mempengaruhi krisis tersebut. Untuk menghuraikan tahap krisis di sesebuah negara, kuasa luar yang berniat jahat dan mempunyai konspirasi tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana pada awalnya, kehadiran mereka adalah atas undangan negara-negara terbabit. Kesimpulan daripada pandanga tersebut adalah penyertaan dalam sistem global perlu diterima secara keseluruhan (package) dan bukannya secara berpilih-pilih.

   

Pada permulaan krisis, Malaysia cuba mengekalkan nilai ringgit terhadap mata wang asing. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak berkekalan kerana melibatkan kos yang tinggi. Pelabur asing hilang keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia kerana langkah tersebut. Malah, terdapat juga pelabur sedia ada yang mengeluarkan wang ringgit untuk disimpan di bank-bank luar negara. Selain itu, projek infrastruktur mega yang berjumlah lebih daripada RM60 bilion seperti empangan hidroelektrik Bakun, Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara, Highland Highway dan sebagainya terpaksa ditangguhkan. Sementara itu, menteri-menteri dan pengawai kerajaan mengalami potongan gaji di bawah pengukuran belanjawan yang ketat. Di samping itu, keuntungan pengeluar dari Malaysia berkurangan kerana kebanyakan pengimport asing mengkehendaki pengeluar tempatan memberi diskaun ke atas barangan yang diimport oleh mereka. Hal ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai eksport negara Malaysia. Tambahan pula, kos ke atas barangan import telah meningkat dan sebahagian daripadanya merupakan barangan pertengahan untuk dijadikan barangan eksport. Peningkatan harga barangan pengguna secara keseluruhan menyebabkan kenaikan harga pada barangan import. Kesannya, pendapatan isi rumah berkurangan dan menurunkan kuasa beli penduduk Malaysia.



Akibat dibebani oleh hutang yang tinggi, banyak syarikat sama ada besar atau kecil terpaksa gulung tikar. Kesannya, beribu-ribu pekerja kehilangan kerja dan sebahagian yang lain mengalami risiko dibuang kerja. Kebergantungan kepada Amerika Syarikat menyebabkan  negara-negara tersebut turut mengalami krisis ekonomi. Kesan ketara krisis ekonomi melanda syarikat –syarikat dan orang perorangan. Harga komoditi melambung tinggi, khususnya minyak dan makanan sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi, dan pengunduran globalisasi.


Inflasi semakin berleluasa di negara-negara yang dikelaskan oleh IMF sebagai “negara termundur bukan pengeksport minyak” dan “Asia Membangun” disebabkan harga minyak dan makanan. Menjelang hujung tahun 2009, Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta orang pekerja akan kehilangan kerja. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan, kewangan dan kereta sekali gus mengakibatkan pengangguran sedunia melepasi tahap 200 juta. Kesan yang nyata turut dirasai oleh Malaysia apabila isu kehilangan pekerjaan turut melibatkan rakyat negara ini. Sehingga tahun 2009, kira-kira 15 000 orang pekerja telah diberhentikan. Kementerian Sumber Manusia menasihatkan pekerja-pekerja memilih bidang pekerjaan lain atau berkaitan dengan latihan kemahiran. Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga mengalami impak akibat keadaan ekonomi merundum pada tahun 2009.




Friday, 23 August 2019

KEMAHIRAN BELAJAR GKB 1053- PENGHASILAN PRODUK INDIVIDU


v
KRISIS KEWANGAN GLOBAL; PUNCA DAN IMPAKNYA TERHADAP MALAYSIA       
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, krisis bermaksud keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yang boleh sevara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian dan keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang penting, kegentingan, ketegangan, dan kegawatan. Kewangan pula merujuk perihal kewangan, iaitu keadaan atau urusan wang dan segala sesuatu yang dikaitkan dengan wang. Manakala frasa krisis kewangan bermaksud keadaan membimbangkan yang berkaitan dengan wang seperti kekurangan wang.

            Suasana ekonomi makro serantau yang menggalakkan berjaya menarik minat pelabur untuk menanam modal di rantau ini. Menurut Dana Kewangan Antarabangsa )IMF), antara tahun 1990 hingga 1996, jumlah modal yang mengalir masuk “pasaran-pasaran baru muncul” Asia melebihi USD400 billion. Dana tersebut mengalir masuk dalam bentuk pelaburan langsung dengan membeli syarikat-syarikat atau membina kilang-kilang, pinjaman bank serta membeli saham dan bon. Zaman ini dikenali sebagai :keajaiban Asia”, “ekonomi naga”, dan “ekonomi harimau” berlaku apabila modal asing tersebut ditukar menjadi mata wang tempatan dan dibelanjakan dalam pelbagai sektor.

            Namun, aliran masuk tiba-tiba terhenti, malah berbondong-bondong merempuh keluar apabila para pemiutang iaitu creditors membuat tafsiran bahawa semakin banyak tersebut digunakan untuk membina kilang, pejabat dan bangunan yang sebenarnya tidak diperlukan. Oleh itu, tinggallah negara-negara tersebut sebagai mangsa krisis ekonomi dan pemegang hutang luar yang amat besar jumlahnya. Fenomena ini mendatangkan implikasi yang sangat mendalam, iaitu bukan sahaja menurunkan nilai mata wang dan harga saham sesebuah negara yang terlibat, bahkan membawa kepada kegawatan ekonomi secara keseluruhannya di samping melarat sehingga ke negara-negara serantau. Di Asia, krisis kewangan bermula pada Julai 1997. Krisis yang bermula di Thailand ini kemudiannya mempengaruhi mata wang, bursa saham, dan harga aset lain di beberapa negara Asia lain. Antara negara yang turut dilanda krisis kewangan ini ialah Indonesia, Korea Selatan, Filipina, dan Malaysia. Walaupun Jepun tidak terpalit secara langsung dengan krisis ini tetapi turut mengalami kesulitan ekonomi dalam jangka panjang.

            Menurut Sejarah, sehingga tahun 1996, negara Asia telah menarik hampir separuh daripada aliran modal di negara membangun. Namun, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki current account deficit dan pemulihan kecepatan pertukaran yang ditambat bagi menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan keterbukaan berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan. Dari segi ekonomi, pakar ekonomi berpendapat bahawa China merupakan penyumbang kepada krisis tersebut. China mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia yang lain pada tahun 1990 setelah menerapkan perubahan berorientasikan eksport. Pada waktu yang sama, pengimport barat sedang mencari pengeluar yang lebih murah dan mempunyai nilai mata wang yang lebih rendah berbanding dolar.

            Asas kepada pertumbuhan ekonomi dan sektor kewangan serantau yang kukuh membolehkan eknomi serantau menangani perkembangan krisis ini  dengan baik tanpa menganggu proses pengantaraan sistem kewangan domestik. Kemerosotan perdagangan global yang teruk menyebabkan rantau ini mengalami kejatuhan eksport dan pengeluaran perindustrian yang besar. Situasi ini telah menjadikan negara di rantau ini yang mengamalkan ekonomi terbuka mengalami penguncupan, manakala ekonomi lain pula mencatat kejatuhan pertumbuhan yang ketara pada suku keempat tahun 2008. Dalam membincangkan isu kegawatan ekonomi dna krisis kewangan ini, banyak faktor yang perlu dikaji dan dibincangkan. 


            Antara faktor yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan global ialah peranan spekulator mata wang. Secara amnya, semua pihak berstuju bahawa krisis kewangan di rantau ini adalah disebabkan oleh mainan spekulator mata wang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, spekulator ialah orang yang membuat spekulasi dalam pasaran saham dengan harapan untuk mendapat keuntungan walaupun mengahadapi risiko. Perkara ini dibuktikan dengan pengaliran keluar kira-kira AS$115 bilion sejak bemula krisis sehingga September 1998 dari lima negara utama yang mengalami krisis, iaitu Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia. George Soros merupakan antara spekulator yang dikaitkan dengan faktor ini. Perdana Mneteri Malaysia telah menamakan Soros sebagai antara penyangak mata wang dunia yang berniat jahat untuk memporak-perandakan ekonomi negara-negara miskin dan negara-negara sedang membangun khususnya ASEAN. Beliau dan konco-konconya yang menguasai dana asing besar berpakat menyerang pasaran ASEAN bagi menyekat kelahiran “harimau ekonomi” yang bakal mengaum di pasaran antarabangsa. Serangan mereka tidak terhad di ASEAN sahaja. Mereka mempunyai strategi untuk menyerang Hong Kong dan menyekat kemaraan China sebagai gergasi ekonomi di rantau Pasifik.

Perkara yang paling dibimbangi oleh barat khususnya Amerika Syarikat (AS) merupakan kebangkitan China sebagai gergasi ekonomi dan politik yang bakal mengubah pusat ketuanan politik dan perdagangan antarabangsa. Soros dan konco-konconya sedar bahawa jaringan usahawan China yang sudah lama bertapak di Asia akan menjadi anarkis pembangunan ekonomi China. Di ASEAN sahaja, kira-kira 50 juta rakyat berketurunan China memiliki hampir AS$ tiga trilion harta dan kini menjadi pelabur yang paling aktif di China. Usahawan berketurunan Cina yang dipanggil China Seberang Laut oleh barat, kini menjalin perkongsian dengan rakyat tempatan untuk menerokai pasaran antarabangsa. Dengan melemahkan pasaran ASEAN yang diramal muncul sebagai pusat pertumbuhan penting ekonomi dunia pada abad ke-21, anarkis ekonomi barat berharap dapat menyekat kemaraan dan penerokaan usahawan ASEAN ke pasaran China dan pasaran baharu di Afrika, Amerika Selatan dan negara-negara Balkan. Tindakan tersebut merupakan strategi politik yang semestinya mendapat restu daripada pemimpin barat. Perkembangan pesat dalan teknologi maklumat mutakhir ini mendekatkan sesebuah negara dengan negara lain. Era globalisasi yang dikaitkan dengan dunia tanpa sempadan turut menjadi penyumbang kepada krisis ini. Hal ini bagaikan satu kemestian bahawa arus dunia menuntut semua negara berintegrasi dalam sistem ekonomi global. Tanpa persediaan yang rapi, negara-negara di Asia Tenggara termasuk di ASEAN terpaksa mengikut arus globalisasi ini.
Dari segi integrasi dalam pasaran sejagat, sesebuah negara yang berintegrasi dalam sistem pasaran kewangan global akan menjadi penentu kepada sejauh mana krisis ini dirasai. Hal ini kerana sifat turun naik kadar pertukaran di Asia sebahagian besarnya disebabkan oleh peralihan dalam aliran modal dan hilang kepercayaan yang bersifat self-fulfilling, iaitu perkara yang diramal akan terjadi memainkan peranan penting dalam memperdalam dan memperluas krisis tersebut. Sebenarnya,, sejauh mana terintegrasi atau terserapnya mata wang ke dalam pasaran global bergantung kepada pilihan sendiri. Dengan tahap integrasi yang kurang, mungkin jumlah modal dan aset yang dapat dimanfaatkan lebih sedikit dan kemungkinan besar kadar pertumbuhan ekonomi di rantau ini tidak secepat dan semudah seperti yang disangkakan. Hakikatnya, tahap integrasi yang dipilih oleh sesebuah negara untuk dilaksanakan dalam sistem ekonomi global baharu yang bercirikan teknologi maklumat lebih mempengaruhi krisis tersebut. Untuk menghuraikan tahap krisis di sesebuah negara, kuasa luar yang berniat jahat dan mempunyai konspirasi tidak boleh dipersalahkan semata-mata kerana pada awalnya, kehadiran mereka adalah atas undangan negara-negara terbabit. Kesimpulan daripada pandanga tersebut adalah penyertaan dalam sistem global perlu diterima secara keseluruhan (package) dan bukannya secara berlipih-pilih.


Krisis kewangan yang membawa kepada krisis ekonomi global seperti yang melanda rantau Asia merupakan satu fenomena semula jadi dalam bidang ekonomi. Keadaan kemelesetan ini merupakan keadaan yang pasti berlaku kepada ekonomi dalam tempoh setiap sepuluh tahun. Kedatangan fenomena ini tidak dapat dielakkan kerana ekonomi turut mengalami turun dan naik seperti pasang surut air. Menurut penganalisis ekonomi, kemelesetan berlaku apabila pasaran hartanah memuncak. Hal ini berlaku di Thailand dan Malaysia dalam tempoh beberapa tahun. Selepas pasaran hartanah mencapai kemuncak, bank akan menaikkan kadar faedah dan kecairan dalam pasaran akan mengecut. Perkara tersebut merupakan permulaan kepada krisis. Kecairan seharusnya semakin mengecut dalam pasaran sehingga para peniaga menjadi sesak dan pasaran saham akan turun serta-merta kerana tiada kecairan untuk menyokong.

Pada permulaan krisis, Malaysia cuba mengekalkan nilai ringgit terhadap mata wang asing. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak berkekalan kerana melibatkan kos yang tinggi. Pelabur asing hilang keyakinan untuk melaburkan modal di Malaysia kerana langkah tersebut. Malah, terdapat juga pelabur sedia ada yang mengeluarkan wang ringgit untuk disimpan di bank-bank luar negara. Selain itu, projek infrastruktur mega yang berjumlah lebih daripada RM60 bilion seperti empangan hidroelektrik Bakun, Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara, Highland Highway dan sebagainya terpaksa ditangguhkan. Sementara itu, menteri-menteri dan pengawai kerajaan mengalami potongan gaji di bawah pengukuran belanjawan yang ketat. Di samping itu, keuntungan pengeluar dari Malaysia berkurangan kerana kebanyakan pengimport asing mengkehendaki pengeluar tempatan memberi diskaun ke atas barangan yang diimport oleh mereka. Hal ini mengakibatkan kejatuhan dalam nilai eksport negara Malaysia. Tambahan pula, kos ke atas barangan import telah meningkat dan sebahagian daripadanya merupakan barangan pertengahan untuk dijadikan barangan eksport. Peningkatan harga barangan pengguna secara keseluruhan menyebabkan kenaikan harga pada barangan import. Kesannya, pendapatan isi rumah berkurangan dan menurunkan kuasa beli penduduk Malaysia.

Akibat dibebani oleh hutang yang tinggi, banyak syarikat sama ada besar atau kecil terpaksa gulung tikar. Kesannya, beribu-ribu pekerja kehilangan kerja dan sebahagian yang lain mengalami risiko dibuang kerja. Kebergantungan kepada Amerika Syarikat menyebabkan  negara-negara tersebut turut mengalami krisis ekonomi. Kesan ketara krisis ekonomi melanda syarikat –syarikat dan orang perorangan. Harga komoditi melambung tinggi, khususnya minyak dan makanan sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi, dan pengunduran globalisasi.

Inflasi semakin berleluasa di negara-negara yang dikelaskan oleh IMF sebagai “negara termundur bukan pengeksport minyak” dan “Asia Membangun” disebabkan harga minyak dan makanan. Menjelang hujung tahun 2009, Pertubuhan Buruh Antarabangsa menjangkakan sekurang-kurangnya 20 juta orang pekerja akan kehilangan kerja. Kebanyakan daripada mereka adalah daripada sektor pembinaan, hartanah, perkhidmatan, kewangan dan kereta sekali gus mengakibatkan pengangguran sedunia melepasi tahap 200 juta. Kesan yang nyata turut dirasai oleh Malaysia apabila isu kehilangan pekerjaan turut melibatkan rakyat negara ini. Sehingga tahun 2009, kira-kira 15 000 orang pekerja telah diberhentikan. Kementerian Sumber Manusia menasihatkan pekerja-pekerja memilih bidang pekerjaan lain atau berkaitan dengan latihan kemahiran. Usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga mengalami impak akibat keadaan ekonomi merundum pada tahun 2009.

Selain itu, pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari 2008 berikutan masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula pada awal tahun 2008 dan merebak menjadi krisis kewangan global. Industri import negara seperti makanan, kereta dan sebagainya telah mengalami kemerosotan akibat kegawatan ekonomi yang berlaku. Industri ini dikatakan mengalami penurunan apabila kerajaan telah mengehadkan pengimportan bagi memberikan peluang yang sama kepada produk tempatan. 

Krisis yang berlaku menyebabkan nilai mata wang turut jatuh. Kesan yang paling jelas dapat dilihat dalam sektor pelancongan. Apabila sektor pelancongan terjejas, industri yang berkaitan turut mengalami nasib yang sama seperti perhotelan dan industri kecil dan sederhana (IKS) kerana kedua-duanya sangat berkait rapat. Sektor hartanah turut merundum dan sangat menakutkan pengusaha, pemaju dan para pelabur. Hal ini kerana kesan dan akibat yang perlu ditanggung sangat tinggi.

Kesimpulannya, krisis kewangan di rantau Asia tidak mungkin separah ini sekiranya disebabkan satu faktor sahaja. Umpama sebatang pokok yang teguh tidak mungkin akan tumbang dengan mudah walaupun tiupan ribut. Ia pasti dibantu oleh keadaan akarnya yang mereput atau keadaan sekitar tempat ia tumbuh yang mudah terdedah kepada pelbagai perubahan iklim. Faktor spekulator bolehlah dikatakan sebagai pencetus kepada krisis, di samping dibantu oleh faktor-faktor persekitaran dan kepincangan polisi ekonomi dalaman. Namun untuk menuduh spekulator mata wang semata-mata sebagai pemusnah ekonomi di rantau ini adalah satu tuduhan yang melulu. Sebagai pedagang yang oportunis, mereka pasti mahu mengaut keuntungan yang banyak. Dan pada masa yang sesuai, apabila berlaku masalah-masalah dalam pelaksanaan dasar ekonomi khususnya di Asia, mereka mengambil peluang. Sebelum Julai 1997, petanda-petanda krisis sudah mula kelihatan dan pakar-pakar ekonomi sendiri mengakuinya berasaskan perangkaan ekonomi sepanjang beberapa tahun kebelakang ini. Garis-garis yang menyebabkan krisis ini kebetulan bersilang pada pertengahan Julai 1997 untuk menjadikannya satu krisis kewangan. Faktor-faktor serangan spekulator, integrasi ke dalam pasaran global tanpa prasarana yang secukupnya, kelemahan dasar ekonomi dalaman, teori pusingan ekonomi dan balasan daripada Tuhan yang bertemu pada masa yang sama, menyerlahkan krisis ini.

Kita juga boleh menilai apa sebenarnya yang tersirat di sebalik tindakan spekulator terhadap beberapa negara di sebelah sini. Hal ini mungkin ada kaitannya dengan kebangkitan negara-negara Asia yang berpotensi untuk menguasai ekonomi dunia menjelang abad ke-21. Oleh itu, sebelum “Harimau-harimau Asia” mengaum adalah lebih baik kuku dan taringnya dicabut. Mungkin itu merupakan salah satu tindakan Barat untuk menyekat kemaraan Asia daripada mengatasi penguasaan ekonomi dan ketamadunan mereka. Kesannya, bagi negara yang teruk dilanda krisis akhirnya terpaksa akur menerima bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) beserta pakejnya sekali. Dengan itu, negara-negara ini terpaksa mengikut telunjuk IMF dalam pelaksanaan dasar-dasar bagi menyelesaikan kemelut ekonomi negara masing-masing. Secara langsung Barat telah berjaya untuk campur tangan terhadap urusan ekonomi negara tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan penjajahan emperialisme kapitalis baru terhadap negara-negara Asia.